hapy,friendly,cheerful.....

*****VARIETY IS THE SPICE OF LIFE*****

Thursday, 22 March 2012

hari-hari yang mendatang

Setelah aku biar dia keseorangan..Hari ini aku kembali..Membawa sorotan hidup yang bersisa..

Dimana aku membawa kekecewaan. Mungkin sahaja kau tidak sedari, namun aku hadir semula untuk meningatimu wahai sahabat apa erti sebuah persahabatan. Aku yang terleka atau dikau. Bukan niat untuk bermadah, namun aku perlukan nya untuk mengatakan hasrat ku yang kecewa. Andai kau tahu kau tidak boleh mengekalkan sebuah persahabatan mengapa harus kau berjanji. Satu percintaan di khianati itu normal bunyinya. Namun sungguh aku rasa terkilan akan satu pengkhianatan persahabatan. Cuba aku berfikiran positive sewaktu melihat perubahan mu. Tanpa disangka aku menumpang kasih satu persahabatan yang aku tidak sangka lebih menhargai diri ini serta persahabatan ini. Andai satu hari nanti kau terbaca akan coretan ini. Kau ingatlah bahawa aku menulis nya kerana aku terlalu menyayangimu. Malah aku tidak mahu persahabatan kita yang sudah terjalin terputus begitu sahaja. Andai itu terjadi, dapat aku andaikan air mata mu dahulu hanya satu tangisan perpisahan dan bukanlah satu tangisan yang datang dari hatimu kerana kesedihan perpisahan kita. Apapun yang terjadi, aku mahu kau tahu bahawa aku sentiasa menyayangimu sehingga ke hari ini dan insyaAllah ia tidak akan berubah.

~Salam persahabatan~

2 comments:

  1. saya juga sgt sgt sgt sangaaaattt menyayangimu wahai meera....!!! sgt sgt sgt ok...x dpat nak digambarkan dgn kate2..

    ReplyDelete
  2. thank u aten,at least i know u still with me..
    luv u.. =)

    ReplyDelete